Ditipu Sewaktu Membeli Secara Dalam Talian? Ini Adalah Langkah Sepatutnya Yang Perlu Dilakukan
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka istilah membeli-belah didefinasikan sebagai membeli berbagai-bagai jenis barang. Umum mengetahui dan kita melihat sendiri aktiviti membeli-belah dianggap sinonim sama ada bagi wanita mahupun lelaki. Yang penting adalah anda haruslah mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar setiap barangan yang dibeli.
Trend Membeli-Belah ‘Online’ Semakin Meluas
Berbicara lebih lanjut mengenainya, tidak dinafikan trend membeli-belah atau pembelian dalam talian semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Apatah lagi di musim covid-19 yang berada di dalam keadaan tidak menentu sememangnya ramai pihak lebih selesa menggunakan kemudahan pembelian atas talian. Pun begitu, usahlah terlalu seronok ketika membeli-belah sehinggakan keselamatan diri dilupakan.
Sebaliknya, berwaspadalah dan jangan mudah leka bagi mengelak diri daripada menjadi mangsa jenayah penipuan dalam talian. Kes penipuan dalam talian ini bukanlah sesuatu hal yang baru. Tetapi, ia adalah isu yang ternyata paling banyak diperdebatkan. Dalam situasi inilah pentingnya perhatian yang berterusan semasa masyarakat. Di mana, anda perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling untuk saling membanteras isu sebegini. Sekaligus, menjadikan platform digital adalah selamat sepanjang masa untuk semua lapisan masyarakat.
Pernah Ditipu Ketika Membeli-Belah Atas Talian?
Sebagai contoh, katakan anda salah seorang yang pernah menjadi mangsa penipuan yang melibatkan urus niaga dalam talian sehingga menyebabkan angka kerugian wang ringgit hingga ratusan ribu. Ataupun, dalam situasi lain di mana anda mengesyaki bahawa terdapatnya sebarang aktiviti mencurigakan yang melibatkan aktiviti penipuan urusan jual beli dalam talian.
Dalam situasi sebegini, anda digesa jangan berdiam diri tetapi perlu berani untuk mengambil langkah sewajarnya dengan melaporkan kepada pihak berwajib. Ianya perlu dilakukan bagi mengekang perbuatan tidak bermoral ini. Jika sebaliknya, para penipu akan terus mengeksploitasi komuniti kita.
Bukan itu sahaja, ia juga akan meninggalkan kesan atau impak yang negatif terhadap pengguna itu sendiri. Selain daripada kerugian, ia juga boleh mengakibatkan gangguan emosi pada diri seseorang. Misalnya, mereka akan mengalami kesedihan dan lebih teruk lagi boleh mengakibatkan kemurungan dipercayai berpunca daripada isu berkenaan. Justeru itu, anda harus tahu bagaimana untuk melaporkan tentang kepelbagaian penipuan kewangan ini.
Jangan Diam! Laporkan!
Sebenarnya terdapat banyak saluran pihak berwajib yang siap siaga untuk membantu anda pada bila-bila masa berkaitan isu sebegini. Misalnya, anda boleh sahaja melaporkannya kepada pusat-pusat sokongan dan pihak berkuasa tempatan seperti yang tersenarai di bawah :
- Pertubuhan sukarela tempatan FOMCA menerusi Pusat Pengaduan Pengguna Nasional
- Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM)
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Tindakan ini secara tidak langsung dapat menangani masalah yang timbul dengan segera. Pada masa sama, turut meningkatkan lagi pengesanan penipuan oleh pelbagai badan penguatkuasaan serta platform-platform dalam talian seperti Facebook, Instagram dan juga WhatsApp. Ingat, jangan pentingkan diri sendiri. Sebaliknya, kita hendaklah berganding bahu dengan mengambil serius berkaitan isu ini demi kesejahteraan bersama.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment