‘Gilalah petik nama saya,’ Tauke nafi dakwaan dirinya ‘bapa ayam’
KUALA LUMPUR: Pelawak Tauke menyifatkan tuduhan dirinya ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks, adalah sesuatu yang “gila”, sambil menggambarkan dakwaan itu lucu.
Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, menegaskan, dirinya tiada kaitan dengan penangkapan dibuat polis di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Ahad lalu.
“Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu.
“Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
“Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Tauke, biarpun namanya antara yang ‘dipetik’ netizen namun dia tidak marah sebaliknya menganggap ia sesuatu yang lucu.
“Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini.
“Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini.
“Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik di samping isteri saya sekarang ini,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Sementara itu, isterinya, Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya mempunyai kaitan dengan jenayah terbabit, sebaliknya berada di sisinya ketika ini.
Terdahulu, seorang pelawak terkenal dilaporkan ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.
Dalam serbuan pada jam 10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.
Sejak berita itu disiarkan, nama Tauke antara individu yang disebut-sebut warganet. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment