Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syed Saddiq dipanggil polis himpunan haram Ahli Parlimen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syed Saddiq dipanggil polis himpunan haram Ahli Parlimen


 

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, berkata tindakan polis menghalang perhimpunan berkenaan adalah selaras undang-undang yang melarang perhimpunan dan perarakan ketika pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipanggil polis berhubung perhimpunan Ahli-ahli Parlimen, esok, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Syed Saddiq yang juga Presiden Penaja Muda, dijadual memberi keterangan berhubung pembabitannya pada jam 2.30 petang, esok, selepas berhimpun di Dataran Merdeka, 2 Ogos lalu, sebagai membantah penutupan Parlimen berikutan faktor kesihatan serta ancaman wabak Covid-19 di Parlimen.

Difahamkan, seramai 107 Ahli Parlimen pembangkang menyertai perhimpunan berkenaan, namun disuraikan selepas anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menyekat pergerakan mereka menuju ke Parlimen.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, berkata polis menerima 206 laporan di seluruh negara berhubung perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang dengan polis membuka satu kertas siasatan mengikut Kesalahan-Kesalahan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

“Selain itu, mereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan juga Sekysyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Dalam hal ini, polis akan memanggil individu yang terbabit bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, tindakan polis menghalang perhimpunan berkenaan adalah selaras undang-undang yang mana perhimpunan dan perarakan menjadi aktiviti dilarang dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN). - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.