Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imej Pengolokan Vivo X70 Pula Tertiris Dengan Rekaan Skrin Rata, Tri-Kamera Di Belakang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imej Pengolokan Vivo X70 Pula Tertiris Dengan Rekaan Skrin Rata, Tri-Kamera Di Belakang


Kita sedia tahu bahawa Vivo dijangka hadir dengan penawaran model baharu di bawah siri X mereka tidak lama lagi. Ianya adalah siri Vivo X70 dan kita boleh menjangkakan terdapat beberapa model berbeza yang akan diperkenalkan kelak.

Setakat ini, dua daripadanya iaitu Vivo X70 dan Vivo X70 Pro telah muncul di arena web sejak beberapa minggu lalu. Malahan, reka bentuk fizikalnya turut telah diperlihatkan dalam beberapa imej pengolokan yang tular.

Kalau sebelum ini, kita telah mendapat serba sedikit gambaran rupa bentuk untuk model Vivo X70 Pro. Kini, giliran model Vivo X70 pula. Di mana, Vivo X70 akan menggunakan skrin rata dengan rekaan berlubang pada bahagian tengah untuk perletakan kamera swafoto.0

Rekaan lain seperti bezel dilihat seimbang dengan ketebalan yang sama pada keempat-empat bahagian. Di samping itu, ia turut dipercayai lengkap dengan pengimbas cap jari terbina dalam skrin – ekoran ketiadaan bayangan pengimbas cap jari fizikal yang kelihatan.

Tidak seperti versi pro, Vivo X70 dilihat hanya menampilkan sistem tri-kamera di belakang. Kesemua lensa disusun kemas secara menegak dalam modul kamera dengan bonjol yang agak tebal. Bukan itu sahaja, sokongan untuk LED Flash juga kini dilihat dalam bentuk memanjang. Menariknya di sini, kameranya turu sama menggunakan lensa daripada Zeiss.

Seterusnya, sisi kanan menunjukkan peletakan untuk butang kuasa dan laras audio. Diikuti dengan port sambungan USB-C, pembesar suara dan ruang slot SIM pada bahagian bawah peranti. Dari gambar di atas anda pasti menyedari tiada bicu audio 3.5mm yang ditawarkan. Dengan tu, pengguna kelak akan terhad dengan penggunaan aksesori audio USB-C atau aksesori audio nirwayar seperti TWS.

Menurut spekulasi awal, Vivo X70 dikhabarkan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1200 bersama RAM mencapai 12GB. Tiada informasi khusus berkaitan tarikh pelancaran rasminya. Malahan, pihak vivo sendiri masih mengambil pendekatan berdiam mengenai dakwaan yang tular setakat ini.

Sumber : OnLeaks



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.