Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kaca Mata Pintar Facebook Menggunakan Sistem Operasi Berasaskan Android dan Kamera Oculus Quest 2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kaca Mata Pintar Facebook Menggunakan Sistem Operasi Berasaskan Android dan Kamera Oculus Quest 2


Manual untuk kaca mata pintar Facebook – Project Aria telah diterbitkan di laman FCC hari ini dan ditemukan laman Protocol. Berdasarkan dokumen tersebut, beberapa maklumat mengenainya mula diketahui. Pertama sekali Project Aria menggunakan sistem operasi Oculus OS yang berasaskan Android. Kaca mata ini dikenali sebagai Gemini EVT(Engineering Valuation Test) pada waktu ini bagi tujuan ujian semata-mata.

Selain itu ia mengesahkan penggunaan empat kamera yang dipinjam dari set kepala realiti maya kendiri Oculus Quest 2. Dengan kamera ini rakaman video dan gambar boleh dilakukan oleh pemakai. Terdapat lampu LED yang menyala untuk memberitahu orang sekeliling rakaman video sedang dilakukan. Aplikasi telefon pintar yang diberi nama Ariane diperlukan untuk melihat status bateri, sambungan WiFi, mengemaskini perisian dan mengubah pelbagai tetapan untuk Gemini EVT.

Gemini boleh menerima kaca cermin mata biasa supaya ia boleh digunakan oleh pengguna yang rabun. Beberapa butang kawalan diletakkan pada tangkai Gemini untuk melaras audio, butang kuasa dan butang yang menghalang rakaman kamera. Turut didedahkan ialah cip keluaran Qualcomm digunakan tetapi tidak pula diketahui modelnya.

Project Aria sepatutnya dilancarkan tahun ini tetapi masih tiada ura-ura bilakah ia akan mula dipasarkan. Yang pasti apabila dilancarkan kelak ia akan mempunyai rekaan yang menarik kerana dihasilkan dengan kerjasama Ray-Ban.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.