Rekaan Realme Narzo 50A Tertiris Dengan Bonggol Kamera Lebih Besar
Sebelum ini timbul desas-desus menyatakan Realme dilihat bakal melangkau penjenamaan untuk siri Narzo mereka. Melaluinya, Realme akan melangkau penjenamaan untuk Narzo 40 dan terus menggunakan nama Realme Narzo 50A sebagai penawaran baharu di bawah siri berkenaan.
Lebih menguatkan spekulasi apabila telefon pintar berkenaan turut telah ditemui tersenarai menerusi beberapa pangkalan data seperti Bureau of Industry and Security (BIS) di India dan NBTC Thailand, baru-baru ini.
Dalam perkembangan terkini, tular perkongsian oleh 91 Mobiles dan Onleaks yang mendedahkan sepenuhnya reka bentuk fizikal pada peranti. Imej dikongsi menunjukkan Realme 50A akan mempunyai modul kamera yang agak besar. Di mana, ia bukan sahaja menempatkan sokongan tri-kamera tetapi juga pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat. Turut dapat dilihat, adanya penjenamaan Narzo yang disertakan bersama-sama dengannya.
Seterusnya, ia turut menunjukkan elemen yang sama seperti Realme Narzo 30A. Di mana, terdapatnya kemasan berjalur yang menghiasi panel belakang peranti. Ia bagaimanapun tidaklah sepenuhnya sama, sebaliknya hanya menghiasi sebahagian panel sahaja.
Seperti kebanyakan model di bawah siri Narzo, panel hadapannya turut menunjukkan penggunaan skrin bertakuk kecil yang menempatkan kamera swafoto. Saiz bezel nampak seimbang pada bahagian atas dan sisi peranti. Tetapi, tidak pada bahagian bawah kerana masih wujudnya binaan dagu yang agak tebal. Butang kuasa dan laras audio diletakkan pada sisi kanan. Ruang slot SIM pula boleh ditemui pada sisi bertentangan.
Tidak ketinggalan, ia juga menunjukkan telefon pintar ini kelak menyokong port sambungan USB-C yang diletakkan pada bahagian bawah peranti bersama- sama dengan bicu audio 3.5mm dan pembesar suara mono. Setakat ini, masih tiada sebarang informasi mengenai tarikh pelancaran rasminya.
Sumber : OnLeaks
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment