Hi! Welcome Back and Stay Tune! Panasonic SoundSlayer WIGSS Ialah Speaker Untuk Gaming Yang Digantung Ke Leher - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Panasonic SoundSlayer WIGSS Ialah Speaker Untuk Gaming Yang Digantung Ke Leher


Terdapat segmen khusus untuk produk yang dipasarkan kepada golongan gamer tegar sahaja. Ini mungkin hadir dalam bentuk RAM, speaker, TWS, pelapik tetikus dan alat kawalan dengan lampu LED. Hari ini SoundSlayer Wearable Immersive Gaming Speaker System (WIGSS) pula dilancarkan dan ia adalah speaker yang digantung pada leher.

SoundSlayer WIGSS ini dilengkapi pula dengan sistem audio True MAGESS (Majestic Augmented Gaming Environment Sound System) yang menurut Panasonic menawarkan audio imersif 360 darjah kepada pemakai. SoundSlayer WIGSS boleh digunakan pada kesemua konsol dan komputer menerusi sambungan bicu audio 3.5mm ataupun USB-A. Ia hanya berfungsi secara berwayar tanpa sokongan bluetooth.

Secara keseluruhan empat speaker disertakan dengan output 4W RMS. Dua buah mikrofon dengan pembatalan hingar untuk membolehkan pengguna berbual dengan rakan sepasukan dengan jelas dalam permainan video.

Terdapat tiga mod permainan video yang boleh digunakan iaitu mod RPG, FPS dan Voice. RPG akan memastikan pengguna terasa mereka berada di dalam dunia RPG sebenar. Mod FPS pula memberikan bunyi yang tepat untuk pengguna mengetahui dari mana mereka ditembak atau musuh yang sedang menghampiri. Akhir sekali mod Voice pula untuk permainan pengembaraan yang memerlukan dialog didengari dengan jelas. Mod Music dan Cinema juga boleh diaktifkan sekiranya tidak digunakan untuk permainan video.

Setakat ini permainan video FINAL FANTASY XIV Online menyokong sepenuhnya sistem speaker ini. Bagi yang ingin memasung leher mereka dengan Panasonic SoundSlayer WIGSS, ia dijual bermula Oktober ini tetapi harga belum diumumkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.