Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2 Bilion iPhone Telah Terjual Setakat Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2 Bilion iPhone Telah Terjual Setakat Ini


Selepas 14 tahun dipasarkan, Apple baru-baru telah berjaya terjual sebanyak 2 bilion iPhone menurut laporan Horace Dediu. Apple tidak lagi menyambut jumlah jualan peranti mereka kerana ia tidak lagi dilaporkan kepada umum sejak beberapa tahun yang lalu. Dari 2 bilion iPhone yang telah dijual, lebih 1 bilion dipercayai masih lagi aktif seperti dilaporkan penganalisa.

Paling menarik mengenai iPhone ialah selepas 14 tahun, Apple masih menawarkan peranti pada harga bermula $400 sebuah sama seperti semasa generasi pertama diumumkan oleh Steve Jobs. Pada waktu yang sama harga peranti juga semakin mahal dengan pengenalan model 1TB pada tahun ini. Tetapi dengan iPhone ditawarkan pada harga yang tidak lagi terlalu mahal jika dibandingkan dengan peranti mercu Android yang lain, jualannya semakin meningkat.

Di Amerika Syarikat peratusan pengguna iPhone semakin menghakis dominasi pasaran Android. Perkara yang sama berlaku di Eropah, China, India dan Asia Pasifik. Strategi penawaran peranti pada tanda harga berbeza nyata menjadi buat Apple.

Sumber 9to5Mac



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.