Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerjasama Samsung dan Olympus Untuk Teknologi Kamera Disahkan Tidak Akan Berlaku - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerjasama Samsung dan Olympus Untuk Teknologi Kamera Disahkan Tidak Akan Berlaku


Sebelum ini muncul ura-ura Samsung akan bekerjasama dengan Olympus bagi membangunkan teknologi kamera pada telefon pintar. Ia dilihat sebagai usaha Samsung dan Olympus bagi menandingi kerjasama Huawei Leica, Sony Zeiss dan OnePlus Hasselblad. Tetapi nampaknya ura-ura tidak akan menjadi kenyataan kerana ia sejak dari awal adalah berasaskan maklumat yang disalah tafsir.

Olympus

Menurut laporan PetaPixel, sumber dalaman dari Olympus mengesahkan tiada kerjasama dilakukan antara mereka dan Samsung. Sebaliknya kekeliruan berlaku kerana Samsung menggunakan nama kod Olympus untuk cip Exynos 2200 yang sedang dibangunkan bersama AMD. Oleh sebab itu ura-ura kerjasama dengan syarikat fotografi Olympus mula disebarkan.

Walaupun tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana syarikat fotografi setakat ini, Samsung masih berjaya memberikan persaingan kepada Sony dalam pengeluaran sensor untuk peranti mudah alih. Pengenalan sensor 200MP ISOCELL HP1 baru-baru ini membuktikan mereka boleh mengeluarkan kelengkapan fotografi tersendiri yang kemudiannya digunakan oleh pengeluar peranti lain.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.