Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Surface Pro 8 Ialah Tablet Microsoft Terbaru Dengan Komponen Terbaru, Skrin 120Hz Dan Dolby Vision - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Surface Pro 8 Ialah Tablet Microsoft Terbaru Dengan Komponen Terbaru, Skrin 120Hz Dan Dolby Vision


Di acara pelancaran produk Microsoft hari ini, mereka telah mengumumkan ketibaan tablet terbaru kelas premium mereka, iaitu Microsoft Surface 8. Ia kini ditawarkan dengan paparan skrin baru dan komponen-komponen dalaman yang paling berkuasa setakat ini.

Bermula dengan paparan skrin, MIcrosoft telah menaiktarafkan paparan skrin merkea kepada saiz 13 inci dengan resolusi yang lebih tinggi berbanding model sebelum ini dan hadir dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menyokong teknologi paparan Dolby X Vision yang membolehkan pengguna untuk menikmati kandungan multimedia dengan warna yang anggun.

Dari segi komponen, tablet Surface Pro 8 hadir dengan penawaran CPU Intel generasi ke-11 yang terbaru, memori DDR4 dan juga storan SSD NVMe. Untuk sokongan palam, tablet Surface Pro 8 juga hadir dengan dua palam USB 3.2 Type-C yang juga menyokong teknologi sambungan data Thunderbolt 4, dan tidak lagi hadir dengan palam USB Type-A.

Sama seperti model Surface Pro X, rangka Surface Keyboard terbaru untuk Surface Pro 8 hadir dengan ruang pengecasan untuk stylus terbaru Microsoft yang dinamakan Surface Slim Pen 2. Microsoft menambah motor haptik didalam stylus ini untuk memastikan bahawa pengguna mendapat pengalaman menulis menggunakan stylus ini seperti mereka sedang menulis diatas sekeping kertas.

Butiran-butiran lanjut mengenai peranti ini akan diketahui kelak, tetapi menurut Microsoft, tablet Surface Pro 8 ini akan mula dijual di pasaran-pasaran terpilih bermula 5 Oktober ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.