Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Surface Laptop Studio Ialah Komputer Riba Dengan Rekaan Unik Yang Menggabungkan Keperluan Produktiviti Dan Riadah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Surface Laptop Studio Ialah Komputer Riba Dengan Rekaan Unik Yang Menggabungkan Keperluan Produktiviti Dan Riadah


Diantara pengumuman paling menarik sewaktu acara pelancaran Microsoft Surface hari ini, selain daripada Microsoft Surface Duo 2 mungkin adalah Microsoft Surface Laptop Studio, sebuah komputer riba kelas produktiviti premium yang hadir dengan rekaan yang cukup unik sekali.

,

Microsoft mengatakan bahawa komputer riba Surface Laptop Studio ini adalah pengganti kepada siri komputer riba Microsoft Surface Book untuk komputer riba yang mempunyai kemampuan produktiviti dan riadah kelas premium.

Gimik utama komputer riba ini hadir melalui paparan skrinnya. Jika Surface Book hadir dengan ciri menanggalkan skrin daripada dok papan kekunci, Surface Laptop Studio hadir dengan paparan PixelSense Flow bersaiz 14.4 inci dengan resolusi 2400 x 1600 pixel yang boleh di tarik kehadapan, menjadikannya sebagai engsel untuk tujuan produktiviti dan riadah.

Paparan ini boleh digunakan dalam tiga kedudukan, iaitu Laptop, Stage dan Studio yang mana ia boleh diputarkan sehingga 180 darjah bergantung kepada keperluan penggunaan pengguna pada masa itu. Ia boleh digunakan sebagai laptop biasa, sebuah engsel ataupun mod paparan dan mod tablet pada bila-bila masa sahaja.

Dari segi komponen dalaman, komputer riba Surface Laptop Studio ini dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i5 dan i7 generasi ke-11, memori DDR4 sehingga 32GB dan storan SSD sebesar 2TB yang boleh ditukar pengguna jika diingini.

Pilihan kad grafik untuk komputer riba ini hadir melalui Intel Iris Xe untuk model Intel Core i5 manakala model yang menggunakan CPU Intel Core i7 akan hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050Ti.

Untuk sokongan I/O, Surface Laptop Studio ini dilengkapi dengan palam USB 4 dan sokongan untuk sistem penghantaran data Thunderbolt 4 dan masih akan menggunakan palam pengecasan Microsoft Surface Connect sedia ada.

Bukan itu sahaja, peranti ini juga menyokong stylus Microsoft Surface Pen Slim 2 baru yang boleh dilekapkan secara magnetik pada peranti ini, dan selain daripada paparan PixelSense yang sangat jitu warnanya, ia juga mempunyai sokongan pembesar suara Quad Omnisonic yang menjanjikan kualiti audio terbaik dalam sebuah komputer riba.

Pra-tempah untuk Microsoft Surface Laptop Studio ini juga dibuka hari ini untuk pasaran-pasaran terpilih pada harga permulaan $1500 dan akan dijual secara rasmi pada 5 Oktober kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.