Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3 ditahan jadikan senjata tiruan sebagai koleksi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3 ditahan jadikan senjata tiruan sebagai koleksi


 

Polis merampas senjata tiruan dan peralatan berjumlah RM400 yang dibeli dalam talian pada 2019.

PETALING JAYA: Tiga lelaki yang mengumpul pistol dan senapang tiruan sebagai hobi, ditahan dalam serbuan ke atas sebuah kereta di Taman Dato Ahmad Razali, Ampang, semalam.

Individu berusia 27 hingga 37 tahun itu yang memandu kereta dalam keadaan mencurigakan, ditahan semasa rondaan dan pemantauan SOP Covid-19 oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil pemeriksaan pada 12.15 tengah hari itu menemui sebuah beg berisi objek hitam menyerupai sepucuk pistol, dua kelopak pistol, sebuah bekas tin kecil mengandungi bebola kecil plastik dipercayai peluru, satu penunjuk laser dan sebilah pisau lipat berhulu coklat.

Hasil siasatan itu, katanya, polis menyerbu sebuah rumah di Jalan Berembang, Kuala Lumpur pada 5.50 petang dan merampas selaras senjata menyerupai senapang penembak hendap, tiga botol tin gas dan tiga bekas mengandungi bebola kecil plastik dipercayai peluru.

Beliau berkata, senjata tiruan dan peralatan yang dirampas itu dibeli dalam talian pada 2019 dengan harga RM400.

“Kesemua mereka direman empat hari sehingga Selasa dan disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960, iaitu memiliki senjata tiruan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan (dan Senjata Berbahaya 1958), iaitu membawa senjata berbahaya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.