Apple Mengesahkan Getaran Seperti Dari Motosikal Prestasi Tinggi Boleh Merosakkan Kamera iPhone
Apple hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa getaran dengan amplitud tinggi dengan frekuensi tertentu contohnya seperti dari motosikal prestasi tinggi boleh menurunkan prestasi kamera pada iPhone. Ini adalah kerana sistem penstabilan imej optikal (OIS) dan pemfokusan gelung tertutup yang digunakan adalah sensitif kepada getaran yang berterusan untuk jangka masa yang lama.
Apple menyarankan pengguna iPhone supaya tidak menyabungkan telefon pintar secara terus kepada cagak motosikal yang berprestasi tinggi misalnya untuk merakamkan perjalanan. Pada kenderaan elektrik dan enjin berkapasiti kecil seperti skuter serta moped pula, Apple menyarankan cagak yang mempunyai sistem menyerap hentakan digunakan.
Sebelum ini Apple tidak memberikan sebarang amaran yang mengalang peranti didedahkan kepada getaran berlebihan. Malahan iklan untuk iPhone 11 jelas menggalakkan peranti merakamkan aktiviti lasak menggunakan motosikal di tengah padang pasir.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment