Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih separuh penduduk dewasa Sabah lengkap vaksinasi Covid-19 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih separuh penduduk dewasa Sabah lengkap vaksinasi Covid-19


 

Sabah mencatat 2,163 kes, turun sedikit berbanding 2,246 semalam dan daripada jumlah kes itu 57.6% atau 1,246 kes dikesan melalui saringan kontak rapat.

PETALING JAYA: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata lebih separuh penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka hingga semalam.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata hingga semalam 51.1% atau lebih 1.33 juta penduduk dewasa negeri itu telah lengkap menerima suntikan vaksin berkenaan.

Sementara itu, katanya, 67% atau lebih 1.88 juta penduduk dewasa Sabah pula telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

“Program vaksinasi di negeri ini berjalan lancar dan kita sedang berusaha meningkatkan kadar vaksinasi ini bagi melindungi rakyat daripada Covid-19,” katanya, menurut laporan Bernama.

Mengulas kes positif Covid-19 semalam, Masidi berkata Sabah mencatat 2,163 kes, turun sedikit berbanding 2,246 semalam dan daripada jumlah kes itu 57.6% atau 1,246 kes dikesan melalui saringan kontak rapat.

Beliau berkata daripada jumlah kes itu juga, 63.5% atau 1,374 kes daripada kategori dua, 28.1% atau 607 kes daripada kategori satu manakala bakinya kategori tiga, empat dan lima serta dalam siasatan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.