Apple Menjadualkan Acara Pada 15 September – iPhone 13 Dijangka Diperkenalkan
Apple sebentar tadi telah menjemput para media ke acara maya yang akan diadakan pada 14 September, 10 pagi – iaitu 15 September 1 pagi masa Malaysia.
Seperti beberapa acara sebelum ini, Apple akan mengadakan acara ini secara atas-talian dan ia diadakan di Apple Park. Bagi yang berminat untuk menstrim acara ini, anda boleh saksikannya di laman web apple.com.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2021/09/Apple-Event-15-September-02.jpg)
Pihak Apple tidak mengumumkan apakah produk yang akan dilancarkan di acara ini. Desas-desus menyatakan acara ini adalah untuk pelancaran siri iPhone 13, Apple Watch Series 7, iOS 15 versi stabil, iPad baharu dan mungkin juga akan ada kejutan lain.
Apa pun, sama-sama kita nantikan 15 September minggu hadapan pada 1 pagi untuk lihat kejutan daripada Apple.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment