Hi! Welcome Back and Stay Tune! Smart Concept #1 Ialah Kereta Elektrik Hasil Kerjasama Mercedes-Benz dan Geely - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Smart Concept #1 Ialah Kereta Elektrik Hasil Kerjasama Mercedes-Benz dan Geely


Pada tahun 1998, Smart Fortwo dilancarkan di Eropah sebagai kereta super kompak yang hanya digunakan di dalam kawasan bandar. Dengan saiznya yang kecil ia tidak menggunakan bahan api yang banyak serta mudah untuk mencari ruang parkir. Di zaman tiada kenderaan elektrik, ForTwo ialah jawapan kepada masalah kereta yang mencemarkan udara.

Dunia sudah berubah maka Smart juga harus berubah mengikut trend semasa. Smart Concept #1 ialah kenderaan konsep elektrik yang telah diperlihatkan di Pameran Kenderan Munich hari ini. Kereta elektrik ini dilengkapi empat pintu dengan dua daripadanya terbuka ke belakang. Dengan ini ruang penumpangnya lebih terbuka untuk meletakkan kargo yang besar misalnya.

Kokpit pada konsep adalah untuk empat orang penumpang. Pada konsol tengah terdapat skrin sesentuh sebesar 12.8 inci yang menjadi paparan sistem infohibur dan kawalan lain dala kenderaan. Rekaan luaran Concept #1 adalah hasil kerja tangan Mercedes-Benz manakala trend kuasa pula menggunakan platform elektrik Geely.

Tiada maklumat mengenai kuasa motor, kapasiti bateri atau jarak operasi Smart Concept #1 setakat ini. Smart hanya mengatakan kenderaan akan menyokong pengecasan pantas, perisian boleh dikemaskini secara OTA dan menawarkan sistem bantuan memandu yang inovatif.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.