Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita rugi RM32,400 angkara ‘pegawai LHDN’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita rugi RM32,400 angkara ‘pegawai LHDN’


 

Polis berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan pemilik akaun yang digunakan untuk memindahkan wang daripada akaun mangsa.

KEPALA BATAS: Seorang pekerja swasta kerugian RM32,400 apabila ditipu selepas mendapat panggilan kononnya daripada pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis yang mendakwa dia terlibat kegiatan pengubahan wang haram, dalam kejadian semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor, berkata wanita berusia 21 tahun itu memaklumkan pada mulanya dia menerima panggilan telefon daripada seorang individu mendakwa sebagai pegawai LHDN, 10 pagi semalam.

Beliau berkata, individu itu memaklumkan bahawa syarikat yang didaftarkan atas nama wanita berkenaan mempunyai tunggakan cukai (syarikat) RM17,600 walaupun dia menafikan mempunyai tunggakan cukai malah tidak pernah mempunyai syarikat.

“Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang lagi individu yang mengaku sebagai pegawai polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star di Kedah dan mendakwa wanita itu terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram serta akaunnya akan dibekukan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, wanita itu yang terkejut dan panik dengan dakwaan berkenaan mengikut arahan suspek termasuk tidak memaklumkan perkara itu kepada sesiapa dan menyerahkan maklumat perbankannya.

Noorzainy berkata, pekerja swasta itu memberikan semua maklumat perbankan termasuk kod verifikasi kepada suspek yang mengaku pegawai polis itu, dan tidak lama kemudian dia menerima mesej daripada pihak bank yang memaklumkan wang simpanannya sebanyak RM32,400 telah dipindahkan ke akaun bank lain.

“Wanita itu cuba menghubungi semula suspek berkenaan namun gagal dan dia yang mengesyaki telah menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu petang semalam,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan pemilik akaun yang digunakan untuk memindahkan wang daripada akaun mangsa serta rangkaian sindiket Macau Scam. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.