Hi! Welcome Back and Stay Tune! Color OS 12 Akan Dilancarkan Bulan Ini – Logo Baharu Diperlihatkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Color OS 12 Akan Dilancarkan Bulan Ini – Logo Baharu Diperlihatkan


Oppo hari ini telah mengumumkan secara rasmi yang Color OS 12, iaitu sistem operasi terbaru mereka akan dilancarkan pada bulan ini. Walau bagaimanapun, Oppo tidak mendedahkan sebarang tarikh spesifik selain menyatakan ia akan tiba sekitar pertengahan sehingga hujung September kelak.

Melalui siaran mereka di Weibo, video acah yang diperlihatkan telah mendedahkan logo baharu bagi Color OS 12. Ia dilihat mempunyai elemen lutsinar dengan kemasan kaca, seakan yang Fluent Design daripada Microsoft. Selain itu, Oppo turut berkongsi imej-imej latar belakang rasmi yang akan digunakan pada versi ini.

Color OS 12 dikatakan adalah berasaskan Android 12. Jadi pengenalan pada pertengahan sehingga hujung September berkemungkinan besar adalah menunggu masa Google mengumumkan Android 12 versi stabil yang mungkin akan diperkenalkan bersama-sama dengan Pixel 6 tidak lama lagi.

Sistem operasi Oppo ini turut akan ada versi khusus untuk tablet, Color OS For Pad, mempunyai ekosistem seakan Huawei dan MIUI+ yang akan memudahkan pengguna untuk produktiviti, serta turut dikhabarkan akan menggunakan elemen daripada Hydrogen OS, Flyme OS dan MIUI. Sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.