Hi! Welcome Back and Stay Tune! U Mobile Kini Tawar Jalur-Lebar Tetap Berkelajuan Sehingga 1GBps Pada Harga Serendah RM149.50 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

U Mobile Kini Tawar Jalur-Lebar Tetap Berkelajuan Sehingga 1GBps Pada Harga Serendah RM149.50


U Mobile hari ini mengumumkan perluasan penawaran perkhidmatan mereka, yang mana kini turut meliputi jalur-lebar tetap gentian optik. Untuk tujuan ini, pihak U Mobile bekerjasama dengan anak syarikat Tenaga Nasional, iaitu Allo Technology.

Dengan kerjasama ini, U Mobile menawarkan perkhidmatan mereka kepada pelanggan di sekitar Melaka, Cyberjaya, Perak dan juga Kedah untuk peringkat permulaan.

Pada masa yang sama, penawaran juga terhad kepada pelanggan U Mobile sedia ada untuk peringkat awal ini. U Mobile mengatakan mereka akan memmperluaskan penawaran ke lebih banyak lokasi dan juga membukanya kepada pelanggan bukan U Mobile pada masa akan datang.

Sebagai pengenalan juga, U Mobile menawarkan diskaun sehingga 50% untuk 2 tahun bagi pelanggan terpilih, selain mana turut memberikan akses percuma untuk bulan pertama bagi pelanggan U Mobile.

Dengan pengenalan ini, U Mobile Ultra Unlimited Home Fibre Broadband ditawarkan pada harga RM129 untuk 100Mbps, RM199 untuk 500Mbps dan RM299 untuk 1Gbps.

Menariknya, sekiranya anda pelanggan U Mobile GX68, anda boleh menikmati pelan 100Mbps pada harga bermula RM64.50 sebulan, pelanggan P79 dan ke atas pula boleh menikmati pelan 500Mbps pada harga RM99.50 sebulan, sementara pengguna pelan P99 boleh menikmati pelan 1Gbps pada harga RM149.50 sebulan.

Diskaun 50% ini ditawarkan selaa 24 bulan, selain mana pelanggan yang mendaftar sebelum 16 Disember 2021 akan turut menerima bulan pertama secara percuma dibawah kontrak 24 bulan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.