Kerajaan Singapura Menguji Penggunaan Robot Pengawal Xavier Untuk Mengekang Isu Sosial
Penggunaan robot untuk pengawalan aktiviti sosial oleh kerajaan Singapura bukanlah sesuatu yang baru. Beberapa bulan yang lalu, mereka dilihat menggunakan robot Spot keluaran Boston Dynamics untuk tujuan penjarakan sosial, yang akan mengeluarkan peringatan sekiranya ia melihat individu-individu yang terlalu rapat bersama di kawasan-kawasan taman dan sebagainya.
Terkini, kerajaan Singapura sekali lagi dilihat menguji penggunaan dua robot yang dinamakan Xavier untuk memantau isu-isu sosial pula di Singapura, Robot-robot ini akan melalui fasa ujian tiga minggu, dimana ia akan digunakan untuk mengingatkan orang awam tentang tatacara di tempat awam, seperti untuk tidak merokok di kawsan yang tidak dibenarkan, penurutan penjarakan sosial sepanjang tempoh wabak COVID-19 masih serius dan juga cara memarkir basikal dengan betul.
Projek ini diterajui oleh Home Team Science and Technology Agency Singapura dan mengatakan bahawa sekiranya ujian ini berjalan dengan lancar, ia adalah satu cara baru untuk memabolehkan kerajaan untuk mengurangkan beban perlu mengambil pekerja baru dan menggunakan robot-robot ini sebagai satu cara untuk mengingati orang ramai tentang tatacara sosial di negara tersebut.
PIhak tersebut juga mengatakan bahawa robot ini tidak akan digunakan untuk menguatkuasakan undang-undang, dan hanya sebagai pengingatan tentang tatacara semasa sahaja. Setakat ini ia tidak diketahui lagi sekiranya kerajaan Singapura akan bercadang untuk mengimplimentasi robot-robot Xavier ini secara sepenuhnya.
Sumber: Reuters
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment