ColorOS 12 Kini Rasmi – Android 12, Rekaan Baharu Dan Menyokong Cross-Screen Interconnection
Color OS 12 akhirnya telah dilancarkan secara rasmi. Tetapi, Oppo hanya mendedahkan versi untuk pengguna peranti Oppo dan OnePlus untuk pasaran China sahaja buat masa ini dan masih belum ada sebarang pengumuman sama ada peranti global dan peranti lain yang menggunakan Color OS sebagai asas bila akan menerimanya.
Berikut adalah apa yang baru diumumkan;
Rekaan Antaramuka Serba Baharu
Sudah semestinya yang pertama dan utama, rekaan serba baharu untuk antaramuka termasuk ikon-ikon yang telah diubahsuai. Oppo kini menggunakan warna yang lebih lembut, bentuk yang lebih bulat serta menurut mereka – rekaan Infinite Design digunakan.
Elemen Hydrogen OS atau Oxygen OS juga jelas kelihatan, yang mana inspirasi daripada One UI dengan lebih banyak ruangan kosong untuk lebih mudah teks di baca, kawalan gestur mudah digunakan serta lebih mudah mengawal dengan satu tangan.
Cross-Screen Interconnection
Anda ingat lagi dengan fungsi FlexDrop yang diperkenalkan pada Color OS 11? Ia adalah fungsi produktiviti untuk multi-tugasan yang lebih baik seperti kemampuan drag dan drop fail di antara dua tetingkap aplikasi, kawalan tetingkap terapung dan banyak lagi. Dalam Color OS 12 ia telah ditambahbaik.
Oppo turut memperkenalkan Smart Sidebar 2.0 dengan sokongan kawalan pantas muzik yang tidak terhad kepada aplikasi penstriman, tetapi juga muzik daripada web. Kemudian ada juga sokongan perbandingan harga untuk lamane-dagang dan yang paling menarik adalah fungsi Cross-Screen Interconnection seakan Huawei Share dan Huawei PC Manager untuk pengguna boleh kawal dan berinteraksi di antara telefon dan komputer Windows.
Selain itu, Oppo turut membawakan sokongan Car Screen Projection iaitu iterasi Android Auto mereka tersendiri seperti yang Huawei tawarkan pada Harmony OS.
Omoji?
Dengan kepakaran mereka dalam kecerdasan buatan dan perisian, Omoji turut diperkenalkan – iaitu jawapan Oppo kepada Memoji, Mimoji, Animoji dan lain-lain animasi avatar 3D yang menggunakan pengecaman wajah.
Peralihan Animasi Yang Lebih Lancar
Oppo mempunyai enjin animasi tersendiri yang digelar Quantum Animation Engine yang mempunyai 300 peralihan animasi berbeza untuk menjamin prestasi dan pengalaman penggunaan yang lebih lancar, pantas dan pengalaman seakan di masa nyata. Jika Xiaomi mengambil inspirasi daripada angkasa, Oppo mengambil inspirasi daripada fizik seperti inertia, melantun dan lain-lain lagi.
Color OS 12 juga dikatakan tidak akan ada masalah lengah masa seperti animasi yang tersangkut. Oppo mendakwa dalam ujian yang dilakukan pada peranti Color OS yang digunakan selama tiga tahun dengan teknologi ini, prestasi hanya menurun sekitar bawah 5%.
Privasi Nombor Satu
Disebabkan Color OS 12 adalah berasaskan Android 12, banyak ciri dan fungsi yang diperkenalkan oleh Google dalam sekuriti dan privasi turut diintegrasikan. Antaranya adalah indikasi penggunaan kamera, mikrofon dan lokasi apabila ia sedang digunakan (sama seperti iOS). Papan pemuka privasi turut diperkenalkan untuk pengguna kawal dan selia apa aplikasi gunakan dan turut akan menerima notifikasi jika aplikasi mengakses data-data atau perkara lain pada peranti agar pengguna boleh benarkan atau tolak.
Peranti Yang Disokong
Peranti pertama yang disokong adalah yang kami laporkan sebentar tadi, iaitu Oppo Find X3 Pro Photgrapher Edition. Kemudian beta pertama akan diedarkan kepada siri Find X3 dan siri OnePlus 9 di China.
Bulan November pula giliran siri Find X2, Reno 6, manakala bulan Disember giliran siri Reno 5, K9, A95, A93, siri Ace 2 dan OnePlus 8.
Versi global dan iterasi pengeluar lain seperti Realme UI masih belum diumumkan lagi buat masa ini. Sama-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment