Kerajaan Ingin Membangunkan Aplikasi Mudah-Alih Nasional – “Super App” Untuk Pelbagai Perkhidmatan Kerajaan Dan Swasta Terpilih
Kerajaan kini dalam perancangan untuk membangunkan Aplikasi Mudah-Alih Nasional, iaitu satu aplikasi yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan digital.
Dalam erti kata mudah, Aplikasi Mudah-Alih Nasional ingin menjadi satu aplikasi yang memudahkan akses perkhidmatan kerajaan, pembayaran bil, saman trafik, pembaharuan lesen memandu, cukai jalan, pendaftaran kelahiran, pendaftaran sekolah, memohon tempat di universiti, janji temu doktor, perkahwinan, dan banyak lagi.
Aplikasi ini ingin turut memudahkan urusan tanpa memerlukan pengguna berulang alik ke lokasi.
Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal pembangunan, dan pihak SKMM kini sedang melakukan bancian dalam mendapatkan lebih maklumbalas daripada orang awam berkaitan dengan Aplikasi Mudah-Alih Nasional ini.
Anda boleh memberikan maklumbalas untuk Aplikasi Mudah-Alih Nasional ini, sekaligus membolehkan kerajaan membangunkan sebuah aplikasi “Super App” yang terbaik untuk penggunaan orang ramai dan rakyat Malaysia.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment