Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sir Clive Sinclair Pelopor Komputer dan Kereta Elektrik Peribadi Meninggal Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sir Clive Sinclair Pelopor Komputer dan Kereta Elektrik Peribadi Meninggal Dunia


Nama Sir Clive Sinclair mungkin tidak begitu dikenali oleh mereka yang lebih mudah. Tetapi jika anda membesar di dekad 80an, beliau adalah antara pencipta peralatan elektronik yang cukup terkemuka kerana menghasilkan komputer peribadi ZX Spectrum dan kereta elektrik peribadi C5. Pencipta ini telah kembali pencipta beliau semalam pada usia 81 tahun akibat penyakit kanser.

Menerusi komuter peribadi siri ZX Spectrum yang dilancarkan pada tahun 1982, Sir Clive memperkenalkan komputer peribadi yang mampu milik di United Kingdom. Komputer keluaran beliau dijual pada harga serendah £125dan mewujudkan generasi awal mempelajari ilmu pengaturcaraan dan mewujudkan industri permainan video di UK sekarang. Tanpa ZX Spectrum studio seperti Rockstar Games dan Psygnosis mungkin tidak wujud.

Di UK beliau mempunyai status yang sama seperti Steve Jobs kerana mempopularkan komputer peribadi mampu milik. Kerana sumbangan yang besar ini, beliau dianugerahkan gelaran Sir oleh Ratu Elizabeth. Kejayaan beliau kemudian diimbangi oleh kegagalan yang besar dengan kereta elektrik peribadi C5.

Beliau mencipta C5 pada tahun 1985 sebagai kereta elektrik peribadi untuk seorang penumpang. Beliau membayangkan C5 akan digunakan orang ramai untuk perjalanan jarak dekat di dalam kota bagi mengurangkan pencemaran. Malang sekali C5 gagal kerana hayat bateri dan kelajuan yang rendah termasuk tidak boleh digunakan di kawasan sedikit berbukit. Tetapi tanpa kegagalan C5, Segway, skuter elektrik, papan apung dan kenderaan elektrik peribadi lain mungkin tidak wujud.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.