Hi! Welcome Back and Stay Tune! GoPro Hero10 Black Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2399 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GoPro Hero10 Black Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2399


Baru sahaja dilancarkan semalam, kini GoPro Hero10 Black telah mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Kamera aksi tahan lasak ini dilengkapi penambahbaikan bagi membolehkan pengguna tidak perlu khuatir mengenai kualiti video yang dirakam. Bagi yang berminat, GoPro Hero10 Black dijual di Malaysia pada harga RM2,399 dan anda boleh mendapatkannya menerusi kedai berdekatan bermula hari ini.

Untuk spesifikasi khusus, GoPro Hero10 Black dilengkapi sensor 23-Megapixel yang mampu merakam video sehingga resolusi 5.3K 60FPS atau 4K 120FPS. Ia juga menerima penambahbaikan untuk meningkatkan kebolehan menerusi cip pemprosesan imej GP2 yang mampu menawarkan mod rakaman video lebih tinggi dan sistem kamera cukup lancar.

GoPro Hero10 Black

Seterusnya, ia turut sama disertakan dengan sistem penstabilan HyperSmooth 4.0, sekaligus membantu dalam meningkatkan kestabilan dan kualiti rakaman secara keseluruhan. Ini termasuklah kebolehan untuk menstabilkan imej meskipun tubuh kamera disendengkan sehingga 45 darjah. Melengkapinya juga adalah kebolehan penstriman langsung beresolusi sehingga 1080P, kawalan menggunakan suara, skrin sesentuh dan kemampuan kalis air dengan kedalaman mencapai 10 meter.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.