Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dakwaan serangan seksual: Mahkamah arah Anwar fail pembelaan selewat-lewat 28 Sept - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dakwaan serangan seksual: Mahkamah arah Anwar fail pembelaan selewat-lewat 28 Sept


 

Muhammed Yusoff Rawther, sebelum ini memfailkan saman mendakwa serangan seksual telah berlaku pada 2 Okt 2018 di kediaman Anwar di Segambut.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Presiden PKR Anwar Ibrahim memfailkan penyataan pembelaan dalam saman yang dikemukakan oleh bekas pembantu penyelidiknya Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan berlaku serangan seksual terhadapnya di kediaman ahli politik itu tiga tahun lepas.

Peguam Mahajoth Singh, yang mewakili Muhammed Yusoff, ketika dihubungi berkata mahkamah telah mengarahkan Anwar agar memfailkan penyataan pembelaan beliau selewat-lewatnya 28 Sept ini.

“Mahkamah turut menetapkan 29 Okt depan sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya,” katanya selepas prosiding pengurusan kes melalui e-review di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof.

Peguam Ranjit Singh, yang mewakili Anwar, ketika mengesahkan perkara itu berkata mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak agar memfailkan sebarang permohonan interlokutari sebelum 29 Okt.

Pada 14 Julai lepas, Muhammed Yusoff, 28, memfailkan saman mendakwa serangan seksual telah berlaku pada 2 Okt 2018 di kediaman Anwar, 73, di Segambut.

Plaintif mendakwa Anwar telah melakukan serangan seksual dan pencerobohan ke atas dirinya manakala beliau menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan itu.

Plaintif mendakwa akibat kejadian itu, beliau dituduh berkomplot untuk menjatuhkan dan merosakkan karier politik defendan selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin politik yang menyokong Anwar serta orang awam.

Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi khas, umum, teruk dan teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.