Hi! Welcome Back and Stay Tune! Proses dadah jadi biskut, kek, jual dalam talian, pasangan kekasih ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Proses dadah jadi biskut, kek, jual dalam talian, pasangan kekasih ditahan


 

Polis berkata pelanggan pasangan itu terdiri daripada kenalan rapat di laman sosial Instagram.

PETALING JAYA: Kegiatan sepasang kekasih yang memproses serta menjual kek dan biskut berasaskan kanabis secara dalam talian terbongkar selepas mereka ditahan polis dalam Ops Storm Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Sahar Abd Latif, berkata pihaknya menahan seorang lelaki tempatan di lobi sebuah residensi di Jalan Pudu kira-kira 3.50 petang.

“Pemeriksaan ke atas kereta jenis Honda City dipandu lelaki berusia 34 tahun itu menemui dua kotak dan beg kertas mengandungi 25 balang biskut dan 53 biji kek berasaskan kanabis masing-masing seberat 7,375g dan 5,320g.

“Berdasarkan soal siasat, polis seterusnya menyerbu sebuah residensi di kawasan PJ Midtown, Jalan Kemajuan, Petaling Jaya, kira-kira 6.30 petang dan menahan seorang wanita tempatan berusia 28 tahun,” katanya dalam menurut laporan Kosmo.

Sahar berkata, dalam serbuan itu polis merampas 131 balang biskut berasaskan kanabis (35,900g), 41 biji kek berasaskan kanabis (4,305g), dan lapan ketulan mampat kanabis (7,820g).

“Turut dirampas empat periuk berisi cecair kanabis (31,000g), dua ketuhar elektrik, sebuah mesin pengadun dan beberapa peralatan untuk membuat kek juga biskut serta wang tunai RM11,790 termasuk sebuah kenderaan jenis BMW X3,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek merupakan pasangan kekasih yang menjadikan kediaman disewa dengan kadar bayaran RM3,000 sebulan itu sebagai tempat memproses kek dan biskut berasaskan kanabis.

“Modus operandi mereka adalah mendapatkan bekalan dadah jenis kanabis dan seterusnya memproses sendiri dadah itu untuk dijadikan kek dan biskut sebelum dipasarkan pada harga RM100 bagi sebalang biskut dan RM50 bagi sebiji kek (100g).

“Pelanggan mereka terdiri daripada kenalan rapat suspek pertama di media sosial Instagram dan lelaki berkenaan turut didapati positif dadah jenis kanabis namun kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Sahar berkata, suspek lelaki direman enam hari hingga 13 September manakala pasangannya direman hingga 14 September bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.