Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tolak calon ‘Kluster Mahkamah’ ganti Azalina, kata pengerusi PAC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tolak calon ‘Kluster Mahkamah’ ganti Azalina, kata pengerusi PAC


 

Ahli Parlimen digesa menolak calon yang mempunyai rekod tercemar bagi menggantikan kekosongan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Wong Kah Woh.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen digesa menolak calon yang mempunyai rekod tercemar atau daripada kalangan “Kluster Mahkamah” bagi menggantikan kekosongan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh mendakwa ia berikutan terdapat perbincangan daripada pihak kerajaan yang mencadangkan Ahmad Maslan mengisi jawatan itu selepas Azalina Othman Said melepaskannya 23 Ogos lalu.

“Ini adalah mengejutkan dan membimbangkan memandangkan Ahmad Maslan sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah untuk dua pertuduhan iaitu tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberikan pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam kenyataan.

Pada 28 Ogos lalu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang daripada Umno mengumumkan meletak jawatan itu bagi membolehkan kerajaan dan pembangkang “menetapkan semula” fungsi Dewan Rakyat.

Azalina menegaskan keperluan Dewan Rakyat berfungsi sebagai “forum persaingan profesional dan kerjasama antara parti mengenai polisi dan urus tadbir negara.”

Wong berkata, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin sebelum meletak jawatannya juga berkata tidak akan bekerjasama dan menyokong golongan “Kluster Mahkamah” dalam Umno.

Susulan itu, katanya Muhyiddin dan Ahli Parlimen Bersatu perlu “walk the talk” dan mengotakan janji itu pada pengundian pemilihan timbalan speaker Dewan Rakyat, 14 September ini.

“Demi melindungi integriti dan keutuhan institusi Parlimen negara kita, saya juga menyeru semua 220 Ahli Parlimen membuat undian pemilihan timbalan speaker Dewan Rakyat dengan undian mengikut hati nurani.

“Ini supaya ia tidak mendatangkan penghinaan dan menyebabkan institusi Parlimen menjadi suatu bahan ejekan,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.