Syarikat telco rugi RM8.6 juta diperdaya sindiket penipuan
PETALING JAYA: Sindiket penipuan pembelian pakej telefon bimbit mengaut untung RM8.6 juta hasil memperdayakan syarikat telekomunikasi di negeri ini.
Sasaran sindiket yang beroperasi di Johor sejak awal tahun ini adalah syarikat telco menawarkan pembelian pakej berserta telefon bimbit dengan menggunakan dokumen palsu.
Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata sindiket penipuan itu akhirnya tumpas selepas 14 ahlinya dan pemilik keldai akaun ditahan dalam beberapa siri serbuan di sekitar negeri itu pada 1 September lalu.
Beliau berkata, dalam serbuan dari 12.30 tengah hari hingga 11.30 malam itu polis menahan 10 lelaki dan empat wanita tempatan berusia 19 hingga 38 tahun.
“Modus operandi yang digunakan sindiket tersebut adalah dengan menggunakan nama pemilik keldai akaun bagi mendaftar talian telco yang menawarkan pakej talian beserta telefon bimbit.
“Sindiket turut menggunakan dokumen palsu seperti penyata gaji dan surat pengesahan majikan yang dikeluarkan oleh sindiket terbabit bagi mengaburi pihak telco yang disasarkan,” katanya menurut laporan Kosmo.
Ayob berkata, selepas pendaftaran dan identiti pemilik keldai akaun disahkan oleh pihak telco, sindiket akan membuat pembayaran dengan menggunakan kad kredit milik individu lain. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment