Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei : Lebih 100 Juta Pengguna Telah Naik-Taraf Ke Harmony OS 2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei : Lebih 100 Juta Pengguna Telah Naik-Taraf Ke Harmony OS 2


Huawei kini mengumumkan sistem operasi yang dibangunkan mereka sendiri, iaitu Harmony OS 2, digunakan oleh lebih 100 juta pengguna pada hari ini.

Huawei mengatakan lebih 100 juta yang telah menaik-taraf ke sistem operasi berkenaan. Huawei sendiri masih menawarkan kemaskini Harmony OS untuk pengguna peranti sedia ada mereka secara berperingkat. Malah, kemaskini Harmony OS untuk peranti global masih belum ditawarkan secara terbuka buat masa ini.

Dengan perkembangan sihat ini, ia sesuatu yang menarik untuk melihat apakah perancangan Huawei seterusnya, dan bagaimana sistem operasi Harmony OS ini akan memberikan cabaran sengit kepada ekosistem Apple dan Google.

Sebelum ini, Huawei telah mula memfokuskan kepada Harmony OS sepenuhnya selepas mereka dihalang oleh pihak Amerika Syarikat untuk menggunakan teknologi keluaran negara berkenaan, termasuk Google Play Store dan Android.

Harmony OS kini ditawarkan bukan sahaja untuk telefon pintar, tetapi juga untuk sejumlah peranti berhubung, jam tangan pintar, tablet, televisyen dan sebagainya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.