Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Smart Glasses Diperlihatkan Dengan Skrin Mikro LED - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Smart Glasses Diperlihatkan Dengan Skrin Mikro LED


Ketua pegawai eksekutif Xiaomi, Lei Jun pagi ini berkongsi imej Xiaomi Smart Glasses yang agak menarik menerusi akaun Twitter beliau. Peranti konsep ini menurut beliau menggunakan teknologi skrin mikro LED untuk memaparkan informasi terus pada bahagian cermin kaca mata pintar ini.

Tidak ada maklumat lain dikongsi oleh beliau setakat ini. Tetapi pengumuman dilakukan beberapa hari selepas Facebook Ray-Ban Stories dilancarkan. Perbezaan paling ketara ialah teknologi paparan terus pada kaca mata Xiaomi tidak wujud pada kaca mata pintar keluaran Facebook. Melihat kepada rekaan Xiaomi Smart Glases, ia memberikan petunjuk bahawa kamera dan speaker terbina juga akan disertakan.

Kaca mata pintar pernah diramalkan menjadi peranti hangat di pasaran selepas Google Glassses dilancarkan. Tetapi pembangunan dihentikan selepas tiada keperluan yang praktikal berjaya dicipta. Dengan Facebook, Xiaomi dan kelak Apple akan melancarkan kaca mata pintar mereka mungkin era peranti boleh-pakai akan berlaku sekali lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.