Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pentas Melihat Sekitar 869 NFT Dimuat-Naik Setiap Hari Secara Purata - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pentas Melihat Sekitar 869 NFT Dimuat-Naik Setiap Hari Secara Purata


Pentas merupakan salah satu platform jual-beli barangan digital, atau dinamakan NFT melaluinya. Ia dijana berasaskan rantaian-blok BSC (Binance Smart Chain), dan lebih ditujukan untuk pasaran Asia Tenggara.

Pentas

Produk yang dibangunkan di Malaysia ini telah beroperasi sejak sekitar hampir sebulan yang lepas, sekaligus menyaksikan perkembangan positif platform berkenaan, termasuk perkongsian pelbagai karya-karya menarik daripada karyawan tempatan.

Terbaru, Pentas mengumumkan yang mana sekitar 20,000 hasil karya telah diterbitkan melalui platform mereka sejak 23 hari yang lepas.

Secara purata, ia adalah sekitar 869 karya setiap hari, memperlihatkan hampir satu karya ditambah pada setiap 1.2 minit pada platform berkenaan.

NFT mendapat perhatian ramai pada tahun ini, selari dengan peningkatan nilai kriptowang. NFT atau nama panjangnya Non-Fungible Token memfokuskan kepada penawaran karya digital, dan nilainya ditentukan berdasarkan kepada beberapa faktor, dan juga pasaran sendiri.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak platform Pentas hari ini, dan berkongsi karya anda melaluinya, atau memilih untuk melihat karya orang lain, atau menjual karya anda sendiri.

Layari : Pentas.io


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.