Kemaskini iOS 14.8 dan iPadOS 14.8 Untuk Menampal Kerentanan Sekuriti Serius
Apple telah memberikan kemas kini iOS 14.8, iPadOS 14.8, macOS Big Sur 11.6, dan watchOS 7.6.2 hari ini sehari sebelum acara pelancaran iPhone terkini tengah malam. Pengguna peranti Apple disarankan melakukan kemas kini sekuriti ini dengan segera kerana ia menampak kerentanan yang serius yang ditemui oleh Citizenlabs sebelum ini.
Kerentanan boleh menyebabkan perisian intipan Pegasus dipasang pada peranti tanpa disedari oleh pengguna. Ia menjadi berita besar beberapa bulan yang lalu apabila senarai individu yang menjadi sasaran Pegasus tertiris antaranya ialah ketua-ketua negara dunia. Lebih merisaukan aplikasi hasad ini turut ditemui pada peranti milik wartawan, aktivis dan pejuang hak asasi manusia manusia.
Ia juga mendedahkan bagaimana Pegasus digunakan oleh Israel bagi membantu rakan sekutu serta menjadi alat diplomasi. Benjamin Netanyahu misalnya masuk campur dalam urusan Pegasus selepas ia digunakan oleh Arab Saudi dalam operasi membunuh wartawan Jamal Kashoggi. Beliau mengarahkan Arab Saudi dibenarkan menggunakan semula Pegasus selepas diharamkan oleh syarikat.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment