Imej Pengolokan Infinix Zero X Tertiris Menunjukkan Sepenuhnya Rekaan Peranti
Sebuah lagi peranti didakwa keluaran Infinix kini tertiris dalam beberapa imej pengolokan tular di media sosial. Laporan memetik beberapa sumber berkata, peranti tersebut mungkin dikenali sebagai Infinix Zero X dan reka bentuknya adalah seperti yang dapat dilihat pada imej di bawah.
Infinix Zero X didakwa akan mempunyai panel belakang dengan permukaan berkilat bersama modul kamera berbentuk segi empat dan penjenamaan Infinix pada bahagian bawah. Seterusnya, terdapat tiga kamera yang diletakkan pada modul berkenaan dan salah satu daripadanya menjadi titik fokus dengan saiz yang besar. Kemudian, ia diikuti dengan dua lagi sensor bersaiz kecil dan LED Flash berbentuk bulat.
Panel hadapan adalah sejenis rata dengan rekaan skrin berlubang untuk perletakan kamera hadapan pada bahagian tengah. Turut kelihatan, bezel pada bahagian bawah agak tebal berbanding bezel pada bahagian sisi dan atas. Seterusnya, turut dapat dilihat terdapatnya butang kuasa dan laras audio yang terletak pada sisi sebelah kanan. Tidak ketinggalan, ia juga besar kemungkinan akan menggunakan port sambungan USB Type-C dan bicu audio 3.5mm.
Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai peranti pintar ini. Mengikut spekulasi awal, ia besar kemungkinan peranti Infinix dengan janaan cip MediaTek Helio G96. Secara kebetulan pula, Infinix juga sebelum ini pernah mengacah mengenai perancangan untuk hadir dengan peranti yang menggunakan cip berkenaan menerusi satu ciapan di Twitter. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut mengenainya.
Sumber : XDA Developer
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment