Hi! Welcome Back and Stay Tune! Virus Covid Varian Mu Kini Dalam Senarai Pemantauan WHO - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Virus Covid Varian Mu Kini Dalam Senarai Pemantauan WHO


Virus Covid varian Delta sedang meranapkan usaha dunia untuk menghapuskan pandemik yang sudah hampir memasuki tahun kedua. Di Malaysia varian ini sudah mula dominan di Sarawak dan mengakibatkan kematian dan jangkitan lebih pantas berbanding varian asal yang berasal dari Wuhan. Kini muncul varian baharu yang menjadi varian yang memerlukan perhatian (variant of concern) oleh WHO.

Varian Mu atau nama saintifiknya B.1.621 ditemukan di Colombia dan dimasukkan ke dalam senarai varian memerlukan perhatian oleh WHO pada 30 Ogos yang lalu. Ia kali pertama dikesan di Columbia pada Januari 2021 dan kini sudahpun mewujudkan kluster di 39 negara yang lain. Dalam kajian awal, ia didapati mampu menewaskan sistem imun sedia ada sama seperti varian Beta yang dikesan di Afrika Selatan.

Kajian masih dijalankan untuk memastikan tahap kebolehjangkitannya berbanding varian yang memerlukan perhatian yang lain. Tetapi petanda awal menunjukkan tahap kebolehjangkitannya adalah lebih rendah berbanding Delta.

Di Malaysia kita masih belum perlu risau dengan varian Mu kerana di luar Amerika Selatan ia hanya dikesan di United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun dan Hong Kong. Varian Mu juga hanya menyumbang kepada 0.1% kes Covid global pada waktu ini.

Kewujudan varian Covid baharu ialah kesan masa panjang kelewatan pemberian dan penolakan penerimaan vaksin du dunia. Semakin lama ia tidak ditentang, ia akan terus bermutasi untuk menghasilkan versi yang lebih berbahaya. Jika anda layak menerima vaksin, sila ambil suntikan pada kadar segera untuk keselamatan seluruh dunia.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.