Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kuo : iPhone 14 Pro Akan Hadir Dengan Rekaan Skrin Berlubang, Kamera Sudut Lebar 48MP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kuo : iPhone 14 Pro Akan Hadir Dengan Rekaan Skrin Berlubang, Kamera Sudut Lebar 48MP


Ming-Chi Kuo merupakan salah seorang penganalisa popular berkaitan Apple, yang mempunyai kredibiliti berkongsi sesuatu yang agak tepat jauh sebelum pelancaran. Terbaru, beliau berkongsi beberapa info dan ramalan berkaitan siri iPhone 14 Pro kelak.


Seperti ramai sedia maklum, siri iPhone 14 Pro merupakan siri iPhone berspesifikasi tinggi dan premium. Dua model ditawarkan dibawah keluarga “Pro”, iaitu iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max.

Menurut Kuo, Apple iPhone 14 Pro akan hadir denga rekaan skrin berlubang, sekaligus menggantikan penggunaan rekaan takuk pada iPhone. Namun, ia masih menjadi pertanyaan bagaimanakah implementasi Face ID kelak pada iPhone.

Pada masa yang sama, Kuo megatakan iPhone siri Pro ini akan turut menyertakan kamera sudut lebar 48-megapixel bersama-sama dengannya.

Kuo menyasasrkan hanya model Pro sahaja hadir tanpa rekaan takuk, sementara siri iPhone 14 akan menyertakan rekaan bertakuk.


Buat masa ini, spekulasi berkaitan dengan iPhone 14 boleh dikatakan masih terlalu awal, dan sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan dengan telefon mercu Apple ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.