Hi! Welcome Back and Stay Tune! Unifi Mobile Sedang Dinaik-Taraf – Tidak Boleh Membuat Pembayaran Bil, Pembelian Data Untuk Sementara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Unifi Mobile Sedang Dinaik-Taraf – Tidak Boleh Membuat Pembayaran Bil, Pembelian Data Untuk Sementara


Unifi kini memaklumkan yang mana mereka sedang melakukan penaik-tarafan sistem, sekaligus mengehadkan sejumlah transaksi yang boleh dilakukan. Penaik-tarafan ini dilakukan bermula 12.01 tengah malam 21 September 2021, sehingga 11.30 pagi 22 September 2021.

Ketika tempoh ini, pengguna tidak boleh melakukan sejumlah perkara, antaranya termasuk pendaftaran akaun baharu.

Disamping itu, bermula 2 petang, 21 September 2021 sehingga tempoh penyelenggaraan selesai, pengguna turut tidak boleh melakukan pembayaran bil, atau pembelian pas data, suara mahupun SMS melalui portal Unifi Self-Care.

Pengguna pascabayar juga tidak boleh melakukan transaksi berasaskan penggunaan ketika tempoh ini.

Untuk pengguna prabayar, anda juga tidak boleh melakukan tambah-nilai atau melakukan transaksi pembelian pas data ketika tempoh ini.

Pengguna diberikan sehingga 2 petang ini sekiranya ingin melakukan transaksi – atau hanya melakukan transaksi berkaitan selepas 11.30 22 September 2021 kelak.

Penaik-tarafan ini juga turut membawa kepada perubahan nombor akaun bil anda, yang mana akan perlu digunakan untuk pembayaran bil selepas ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.