OxygenOS dan ColorOS Digabungkan Menjadi Sistem Operasi Baharu Bermula 2022
OnePlus kembali ke pangkuan Oppo tahun ini dengan pengasasnya Pete Lau menjadi ketua pembangunan produk di Oppo. Sejurus selepas pengumuman dilakukan, Oppo mengatakan kod sumber pelancar OxygenOS dan ColorOS akan digabungkan. Pada waktu tersebut OnePlus mengatakan peranti mereka di luar China akan kekal dengan OxygenOS manakala di China ia menggunakan ColorOS.
Hari ini Pete Lau mengumumkan bermula tahun 2022, OxygenOS dan ColorOS akan digabungkan menjadi sistem operasi baharu yang bersepadu. Nama yang akan digunakan sistem operasi baharu ini belum diumumkan tetapi Pete Lau berkata DNA OxygenOS yang ringan, bersih dan bootloader yang dinyahkunci akan diteruskan.
Peranti pertama yang akan menggunakan sistem operasi bersepadu ini akan adalah dari kelas mercu pada tahun 2022. Kemudiannya peranti OnePlus global akan menerima kemas kini ke sistem operasi bersepadu ini secara berperingkat.
Di bawah inisiatif yang diberi nama OnePlus 2.0, Pete Lau turut mengatakan syarikat akan terus memberikan tumpuan kepada kemampuan fotografi peranti mereka. Dari segi peranti pula, mereka akan menawarkan peranti dalam lima kategori ialah mercu yang premium, OnePlus R – kelas mercu permulaan, Nord – kelas pertengahan premium, Nord CE – kelas pertengahan permulaan dan Nord N – peranti mampu milik.
Apa yang telah diumumkan hari ini mengesahkan beberapa ura-ura mengenai masa depan OxygenOS yang didengari sebelum ini. Ini adalah sebab mengapa lebih 20% kakitangan Oppo kehilangan kerja kerana berlakunya pertindanan tugas selepas kedua-dua syarikat bergabung semula.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment