Hi! Welcome Back and Stay Tune! SpaceX Melancarkan Misi Ke Angkasa Dengan Krew Orang Awam Sepenuhnya Pertama Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SpaceX Melancarkan Misi Ke Angkasa Dengan Krew Orang Awam Sepenuhnya Pertama Dunia


SpaceX pagi ini berjaya melancarkan misi Inspiration4 yang merupakan yang pertama berjaya ke orbit dengan krew orang awam sepenuhnya. Misi selama tiga hari ini dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida menggunakan roket Falcon 9 dengan kapsul penumpang Dragon. Ia kemudian akan mengorbit pada ketinggian 575km dari permukaan bumi, lebih jauh dari misi New Shepard Jeff Bezos (107km) dan Virgin Galactic Richard Branson (86km). Malahan krew Inspiration4 mengorbit lebih tinggi dari ISS (420km) dan teleskop angkasa Hubble (540km).

Empat orang anak kapal Inspiration4 ialah Jared Isaacman CEO Shift4 Payments yang menempah pelancaran ini, Hayley Arceneaux pembantu perubatan di St. Jude Children’s Research Hospital, Chris Sembroski seorang bekas anggota USAF dan Dr. Sian Proctor seorang geosaintis dan juruterbang. Keempat-empat anak kapal dihantar ke angkasa lepas untuk mengumpul dana bagi pihak St. Jude Children’s Research Hospital yang kemudiannya akan membantu pesakit kanser kanak-kanak serta penyakit yang mengancam nyawa.

Selama tiga tiga krew akan melakukan pelbagai kajian sains di dalam kapsul dengan sasaran mengumpul dana sehingga $200 juta. Selepas misi berakhir Crew Dragon akan kembali ke bumi dan mendarat di permukaan laut sekitar Florida.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.