Spesifikasi Cip Pemprosesan Exynos 2200 Tertiris – Hadir Dengan Cortex-X2 Dan Mungkin Terhad Pada Galaxy S22 Ultra
Cip pemprosesan tersendiri Samsung, iaitu Exynos telah disahkan akan hadir dengan GPU daripada AMD. GPU ini adalah jenis RDNA 2 dan dijangka akan hadir pada tahun ini. Cip yang akan menggunakan GPU ini berdasarkan laporan adalah Exynos 2200.
Samsung Exynos 2200 dengan kod nama Pamir ini dilaporkan akan hadir dengan rekaan 4nm. Ia juga akan bersaing dengan cip Qualcomm Snapdragon 895.
Terkini, peniris Samsung terkenal Ice Universe mendedahkan yang cip ini akan hadir dengan CPU 1x Cortex-X2 2.9GHz + 3x 2.8GHz + 4x 2.2GHz bersama dengan GPU AMD dengan kod nama Voyager yang mempunyai kuasa 1250MHz.
Cip ini dijangka akan digunakan pada peranti Samsung Galaxy S22 Ultra, manakala Galaxy S22+ dikatakan akan menggunakan cip dengan kuasa yang berbeza. Bercakap mengenai Galaxy S22+, peranti ini bersama-sama dengan model dengan spesifikasi paling rendah Galaxy S22 akan hadir dengan sensor GN2.
Samsung dijangka akan meneruskan strategi sama tahun lepas, iaitu melancarkan peranti siri Galaxy S22 lebih awal daripada biasa – iaitu mungkin sekitar hujung tahun ini. Sama-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment