Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spesifikasi Penuh Pixel 6 Pro Didedahkan – Kamera 50MP, Zum 4x, Bateri 5000mAh Dan 12GB RAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spesifikasi Penuh Pixel 6 Pro Didedahkan – Kamera 50MP, Zum 4x, Bateri 5000mAh Dan 12GB RAM


Bulan lepas, Google telah mendedahkan sendiri imej pengolokan rasmi Pixel 6 dan Pixel 6 Pro bersama-sama dengan beberapa butiran mengenainya. Antara yang didedahkan adalah peranti akan menggunakan cip tersendiri Google Tensor yang akan memfokuskan kecerdasan buatan.

Semua cip-cip unik Google seperti Pixel Visual Core, Neural Core digabungkan dan dikatakan cip ini adalah berasaskan cip Exynos yang tidak dilancarkan. Jadi ia adalah cip daripada Samsung dan turut kami laporkan sebelum ini, modem 5G yang digunakan juga adalah daripada Samsung.

Pada awalnya, Google dijangka akan melancarkan peranti ini pada 13 September, tetapi ternyata itu tidak benar. Sebaliknya, hanya video di atas didedahkan bersama dengan penggunaan peranti Pixel di dunia sebenar. Siri Pixel 6 juga dikhabarkan akan hadir dengan kuasa pengecasan lebih pantas, iaitu 33W.

Terkini melalui XDA, spesifikasi bagi Pixel 6 Pro telah mereka dedahkan. Menurut mereka, butiran ini diperoleh daripada sumber yang mendakwa dan mereka percayai telah menggunakan peranti ini lebih awal.

Google Tensor

Pixel 6 Pro dilihat menggunakan skrin 6.7-inci QHD+ dengan resolusi 3120 x 1440 berserta sokongan kadar segar semula 120Hz adaptif yang boleh turun sehingga 10Hz. Cip Google Tensor yang digunakan mempunyai konfigurasi 2x 2.8GHz + 2x 2.25GHz + 4x 1.8GHz + GPU Mali-G78 yang dipadankan dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Modem 5G Samsung yang digunakan adalah Exynos 5123, turut menyokong WiFi 6E, UWB dan pengimbas cap jari bawah skrin. Tetapi pengimbas ini masih tidak pasti sama ada jenis optikal atau ultrasonik. Bateri adalah sebesar 5000mAh dengan sokongan Battery Share iaitu sistem pengecasan nirwayar berbalik.

Untuk kamera, konfigurasi tri-kamera daripada sensor 50MP sudut lebar GN1 + sensor Sony IMX386 12MP sudut ultra-lebar + sensor Sony IMX586 satu lagi jenis telefoto 48MP dengan sokongan zum 4x. Kamera swafoto juga daripada Sony IMX663, iaitu 12MP dan teknologi baby face serta menyahkabur pergerakan akan ditawarkan.

Google juga dikatakan telah membuang fungsi picit di sisi untuk menyeru Google Assistant dan memberikan sokongan sentuh belakang peranti untuk kawalan gestur tambahan.

Google Pixel 6

Perbezaan dengan Pixel 6 hanyalah pada saiz dan resolusi skrin serta kadar segar semula, bateri lebih kecil, tiada kamera telefoto dan pilihan warna sahaja. Dengan pelancaran yang semakin hampir, tidak terkejut jika Google kelak akan mengesahkan kesemua spesifikasi ini.

Apa yang tinggal hanyalah pengumuman harga dan tarikh jualan sahaja. Sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.