Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acer Memperkenalkan Siri Komputer Vero Yang Dibina Menggunakan Plastik Yang Dikitar Semula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acer Memperkenalkan Siri Komputer Vero Yang Dibina Menggunakan Plastik Yang Dikitar Semula


Di kala syarikat-syarikat seperti Apple dan Samsung dilihat cuba untuk mengurangkan pembaziran bahan dengan tidak memberi pengguna aksesori seperti kepala pengecas, kotak yang tidak dibalut plastik dan sebagainya, Acer, syarikat teknologi terkemuka dilihat tampil dengan idea yang lebih praktikal, dengan memperkenalkan siri peranti Acer Vero yang menggunakan bahan yang dikitar semula dalam pembinaan rangka peranti-peranti komputer mereka.

Acer Vero dilihat menggunakan bahan post-consumer recycled (PCR) plastic dalam pembinaan rangka peranti-peranti mereka, bersama-sama dengan pembungkusan peranti yang terlibat untuk mengurangkan penggunaan bahan yang tidak boleh dikitar semula sebanyak yang mungkin.

Idea disebalik siri peranti Vero ini juga ialah pada penghujung hayat sesebuah peranti ini, ia akan lebih mudah untuk dinyah-pasang dan dikitar-semula sekali lagi ataupun dilupuskan dengan cara yang tidak memberikan masalah kepada alam sekitar.

Sewaktu acara Acer Global Press Conference baru-baru ini, Acer telah memperkenalkan sejumlah peranti komputer riba dan desktop dibawah jenama Acer Vero, termasuklah Acer Aspire Vero, Acer TravelMate Vero, komputer desktop Acer Veriton Vero Mini dan juga paparan skrin Acer Vero BR277.

Bermula dengan Acer Aspire Vero, rangka komputer riba ini diperbuat daripada 30 peratus bahan plastik PCR, yang mana 50 peratus daripada kekunci komputer riba ini juga diperbuat daripada bahan yang sama. Anda boleh melihat daripada rekaan rangka luarannya yang ia menggunakan plastik PCR ini, yang memberinya rekaan yang agak unik berbanding dengan pelbagai penawaran komputer riba di pasaran sekarang.

Kotak yang hadir dengan komputer riba ini juga dibuat 100 peratus daripada bahan kitar semula yang juga boleh diguna-semula sebagai sebuah tapak pemegang untuk komputer riba ini, manjadikannya sebuah aksesori yang memanfaatkan pengguna, daripada dibuang begitu sahaja selepas komputer riba tersebut dikeluarkan.

Komputer riba ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD, dan dikuasakan menggunakan CPU Intel generasi ke-11 dengan grafik Intel Iris Xe, disamping gabungan memori DDR4 dan storan SSD NVMe.

Beralih kepada Acer TravelMate Vero pula, Acer memperkenalkan komputer riba ini sebagai pilihan kepada syarikat-syarikat yang benar-benar serius mengenai inisiatif hijau yang akan memberikan impak sebenar kepada penggunaan bahan mentah yang akan mengurangkan efek rumah hijau dan jejak karbon.

Model TravelMate Vero ini juga dikuasakan oleh siri CPU Intel generasi ke-11 dengan penawaran memori DDR4 sebanyak 16GB dengan storan SSD NVMe sebesar 1TB yang mencukupi untuk tujuan produktiviti pejabat. Sebagai langkah keselamatan, komputer riba ini juga hadir dengan Acer ProShield Plus, perisian keselamatan yang membolehkan pengguna untuk menyulit dan menyah-sulit data penting dan memastikan data tersebut selamat daripada penggodam.

Acer Veriton Vero Mini ialah komputer desktop bersaiz padat yang mana 25 peratus daripada rangkanya diperbuat daripada plastik PCR. Komputer kerdil ini dikatakan akan hadir dengan siri CPU Intel vPro generasi ke-12 kelak, yang mana ia akan hadir dengan ciri-ciri seperti WiFi 6E, USB 3.2 dan sokongan untuk perisian Acer Office Manager dan Acer Control Center yang akan memudahkan pakar IT sesebuah syarikat untuk melihat sekiranya komputer ini memerlukan pertolongan daripada mereka.

Acer Vero BR277 ialah paparan skrin yang mana rangkanya dibangunkan menggunakan 50 peratus plastik PCR, hadir dengan saiz 27 inci, resolusi Full HD dan dimuatkan dengan sejumlah ciri-ciri paparan Acer seperti Acer VisionCare dan Ergostand yang memudahkan pengguna untuk mengubahsuai kedudukan paparan dengan mudah.

Kesemua penawaran Acer Vero ini akan hadir didalam kotak yang diperbuat 100 peratus daripada bahan yang dikitar semula untuk memudahkan pelupusan apabila ia tidak diperlukan lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.