Hi! Welcome Back and Stay Tune! TicWatch Pro 3 Ultra Dilancarkan – Snapdragon Wear 4100 Dan Cip Dwi-Teras Mobvoi, Skrin Kedua Berwarna Dan Tahan Lasak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TicWatch Pro 3 Ultra Dilancarkan – Snapdragon Wear 4100 Dan Cip Dwi-Teras Mobvoi, Skrin Kedua Berwarna Dan Tahan Lasak


Mobvoi sebentar tadi telah melancarkan TicWatch Pro 3 Ultra GPS, iaitu jam tangan pintar ketiga mereka dengan cip Snapdragon Wear 4100. Secara keseluruhan, jam ini masih sama dengan TicWatch Pro 3 GPS yang telah kami ulas sebelum ini. Tetapi kini ia mempunyai sedikit kemaskini pada paparan dan perisian, serta turut mempunyai sensor baharu.

Skrin adalah 1.4-inci AMOLED dengan resolusi 454 x 454 (~326 ppi) dan masih kekal dipadankan dengan skrin kedua FSTN Dual Display 2.0. Skrin kedua ini kali ini membenarkan pengguna mengubah warna backlight dengan 18 pilihan warna. Ia turut dilindungi dengan lapisan Corning Gorilla Glass Anti-Fingerprint. Selain daripada cip Snapdragon Wear 4100, Mobvoi turut menyertakan cip tersendiri jenis dwi-teras.

Kerangka jam ini diperbuat daripada gabungan besi tahan karat dan nilon gentian kaca yang mempunyai ketahanan lebih lasak melepasi gred tentera MIL-STD-810G. Turut tersedia adalah mikrofon, pembesar suara, enjin getaran, sensor pemecut, sensor giro, sensor kadar degupan jantung PPG definisi tinggi, sensor SpO2, sensor sela masa rendah off-body, serta mempunyai sensor barometer untuk bacaan altitud dan perubahan tekanan udara ambien. Mobvoi turut menekankan yang ia mempunyai sokongan kompas yang lebih jitu.

Sistem penjejakan lokasi yang terbina terdiri daripada GPS, GLONASS, Galileo, QZSS dan Beidou. Untuk membawakan sokongan ECG pada peringkat global tanpa halangan mana-mana pihak berkuasa, Mobvoi turut hadir dengan sistem IHB iaitu membaca degupan jantung yang tidak sekata sebagaimana pemfibrilan atrium (AFib) berfungsi. Degupan jantung jika terlampau pantas atau terlampau perlahan akan memberikan notifikasi kepada pengguna.

Memfokuskan lagi pada kecergasan, turut terbina pada TicWatch Pro 3 Ultra GPS adalah keragaman degupan jantung (HRV) untuk memantau kesihatan mental dan tenaga pengguna. Sokongan pemantauan tidur TicSleep, fungsi TicZen, imbasan nadi 24 jam, 20 mod sukan dengan kemampuan di bawa berenang dan memantau aktiviti HIIT turut dikekalkan.

Jam ini menjalankan Wear OS 2 yang terkini dengan sokongan Spotify diluar talian, ada NFC untuk Google Pay, dan mempunyai perlindungan IP68. Bateri adalah 577mAh dengan ketahanan sehingga 72 jam untuk mod jam pintar atau 45 hari untuk mod jam menggunakan skrin FSTN.

Demi keselesaan pengguna, tali jam pada jam ini diperbuat daripada getah fluoro yang lebih tahan lasak dan lembut. Ia juga tidak mempunyai kesan sampingan pada kulit pengguna dan direka agar kulit boleh bernafas.

Jam ini dijual pada harga $299.99, iaitu sekitar RM1248. Iaitu lebih kurang sama dengan model sebelum ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.