Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acer Memperkenalkan Siri Projektor Predator GM712 Dan GD711 Dengan Kemampuan Untuk Melontar Paparan Bersaiz 300 Inci Pada Resolusi 4K - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acer Memperkenalkan Siri Projektor Predator GM712 Dan GD711 Dengan Kemampuan Untuk Melontar Paparan Bersaiz 300 Inci Pada Resolusi 4K


Siri gaming Predator oleh Acer secara lazimnya hadir dengan komputer desktop, komputer riba dan paparan skrin gaming yang tiba bersama-sama dengan teknologi yang sangat berkuasa. Pada kali ini, di acara Acer Global Press Conference yang terbaru, jenama gaming tersebut telah memperlihatkan sesuatu yang baru pula, iaitu projektor yang hadir dengan kemampuan yang hampir sama seperti paparan skrin gaming mereka.

Dinamakan Predator GM712 dan Predator GD711, kedua-dua projektor ini hadir dengan kebolehan untuk melontar paparan beresolusi tinggi pada permukaan sebesar 300 inci dengan resolusi 4K jika diingini. Akan tetapi, Acer mengatakan bahawa untuk saiz yang optimum, pengguna boleh menggunakan projektor ini pada jarak 2m daripada permukaan lontaran untuk mendapatkan paparan bersaiz 74 inci.

Kedua-dua projektor ini boleh melontar paparan pada resolusi 4K, ataupun Full HD pada kadar segar semula 240Hz dengan fungsi HDR10 terbina untuk mereka yang bukan sahaja gemar bermain permainan video dan komputer, tetapi juga menonton filem ataupun siri televisyen pada resolusi tinggi dan juga olahan warna yang cantik.

Predator GM712 hadir dengan nilai kecerahan setinggi 3600 ANSI lumens, manakala Predator GD711 mempunyai nilai kecerahan 4000 LED lumens, yang mana kedua-duanya juga boleh menunjukkan kandungan HDR dalam video dan permainan komputer tanpa masalah.

Dengan kadar segar semula tinggi pada resolusi Full HD, pengguna juga boleh memainkan permainan penembak kegemaran mereka seperti Call of Duty, Apex Legends dan sebagainya tanpa isu screen-tearing membelenggu sesi permainan mereka. Pengguna boleh memanfaatkan kadar segar semula 240Hz pada komputer gaming mereka dan 120Hz pada konsol permainan video kegemaran mereka.

Bagi mereka yang mahu memudahkan pengalaman menggunakan projektor ini, kedua-dua projektor ini juga hadir dengan tetapan Game Mode yang mempunyai sejumlah tetapan yang boleh digunakan bergantung kepada keperluan penggunaannya. Ini termasuklah mod Game Dark, Game Bright dan Football untuk permainan dan tontonan sukan bola sepak.

Bukan itu sahaja, kedua-dua projektor ini boleh digunakan secara nirwayar, dimana pengguna hanya perlu menggunakan penyesuai USB untuk mengaktifkan fungsi ini, dan komputer desktop atau komputer riba mereka boleh memanfaatkan projektor ini tanpa perlu risau mengenai isu kabel berselirat.

Untuk memudahkan lagi penggunaan kedua-dua projektor ini, ia juga hadir dengan alat kawalan jauh yang boleh digunakan untuk memudahkan pelbagai tugas, seperti menukar jenis input dan mod paparan projektor ini.

Buat masa ini, Acer hanya mengesahkan bahawa kedua-dua projektor Predator GM712 dan GD711 ini akan tiba ke pasaran China dan Eropah pada bulan November dan Disember pada harga anggaran permulaan 1,499 Euro.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.