Hi! Welcome Back and Stay Tune! ADIL DAN SAKSAMA Oleh Tan Sri Rafidah Aziz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ADIL DAN SAKSAMA Oleh Tan Sri Rafidah Aziz


 I just received this via WhatsApp :


Negara ini tempat kita berteduh, bernaung, mencari nafkah

Tanah Air kita, bersama, tanpa ada jurang pemisah,

Sewajarnya, kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah,

Jangan ada  membeza, dalam keadilan dan layanan, hingga  berat sebelah


Tidak wajar Peraturan2 di bezakan   kuatkuasa

Satu untuk Rakyat, tetapi lain pula  untuk orang angkasa..

Undang2  tidak ada ruang untuk di tafsir ikut citarasa

Di denda, di sukarkan, untuk ramai

walhal yang khas dan terpilih..wah, layanan luar biasa !


Mengapa antara Rakyat, hendak juga dibeza, dikelompokkan.

Yang itu dapat layanan istemewa, yang ini didenda, ditekan ?

Tidakkah layanan MESTI samarata, adil saksama, tidak dibezakan,

Berasaskan siapa, dari mana asal usul, kumpulan bawah atau atasan?


Jika layanan tidak adil,   tidak samarata, antara Rakyat 

Maka tadbir-urus dan perlaksanaan peraturan, pasti cacat,

Kerana pertimbangan berasaskan siapa lemah, siapa pula yang kuat, 

Akhirnya yang menentukan, ialah, apa yang tersirat, BUKAN yang tersurat.


Negara Bertuah Malaysia  akan melindungi semua  kita,  

Jika pentadbiran adil, tiada yang dikecuali, ditinggalkan, 

atas alasan apa juga.

Tidak kira keturunan, darjat dan status , waima Ugama,

Kerana setiap kita ada kepentingan, ada kewajipan, sebagai Warga Negara...


Undang2 jangan  dinodai olih pilihkasih , serta diskriminasi ..

Jangan dihakis, kekesanan, wibawa dan  Integriti demokrasi,

Janganlah yang lemah, kurang upaya, kurang mampu, disisih, serta kurang diperhati.

Walhal, yang berstatus, walau imej tercemar, di layan  istemewa, dalam serba serbi...


Kita hendak meghala ke tahap sebuah Negara berwibawa, teguh dan Maju..

Di mana, tidak ada tempat untuk sikap feudal, 

pemisahan antara  kumpulan "kami" dan puak  "kamu"...


Malaysia , tidak lagi larat , tidak lagi terdaya, dan tidak mampu

Melihat antara Warganya mengasing diri antara Melayu dan bukan Melayu .


Jangan di tumpu  semata2  kepada apa jua perbezaan, 

dan kelainan, dan apa  tidak sama..

Menegakkan keadilan mesti urusan luhur, 

tanpa dititikberat siapa dia, dan apa nama

Manusia datang manusia pergi, itu hakikat hidup di Dunia..

Tetapi, Malaysia, dengan Imej yang kita bina bersama, 

akan Kekal selama2nya..


SEJAHTERA NEGARA KITA..


My Comments :



The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.