Realme Watch T1 Akan Dilancarkan Esok
Realme bakal mengadakan acara pelancaran di China 19 Oktober ini untuk melancarkan Realme GT Neo2T yang memfokuskan permua dan juga Realme Q3s yang lebih ke arah multimedia. Baru-baru ini, Realme mengacah yang mereka turut akan hadir dengan jam tangan pintar baharu pula.
Jam ini digelar sebagai Realme Watch T1, yang hadir dengan rekaan skrin bulat, binaan keluli tahan karat, dua butang fizikal, tali jam getah dan juga rekaan keseluruhan yang nipis. Jam ini turut dikatakan akan hadir dengan skrin kadar segar semula tinggi, beberapa sensor untuk kecergasan serta kemampuan menjawab panggilan telefon melaluinya.
Berdasarkan poster, jam ini dikatakan akan memberi fokus utama untuk memantau aktiviti sukan dan kecergasan pengguna berbanding jam mereka sebelum ini yang lebih asas dan untuk gaya hidup. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai jam ini tidak lama lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment