Android 12L Diumumkan Untuk Peranti Skrin Boleh-Lipat Dan Tablet
Android pada skrin besar seperti tablet dan boleh-lipat tidak kelihatan cantik seperti pada telefon pintar. Ini berlaku walaupun sokongan pada peranti skrin boleh-lipat diumumkan secara rasmi pada tahun 2018. Di acara Android Developer Summit 2021, Android 12L telah diumumkan sebagai sistem operasi Android untuk peranti dengan skrin besar, boleh-lipat dan Chrome OS.
Antara ciri menarik Android 12L ialah penggunaan skrin yang lebih baik. Contoh yang diberikan ialah talam notifikasi dan Quick Settings kini dipaparkan serentak apabila tatalan dilakukan dari atas skrin ke bawah. Quick Settings pada sebelah kiri dan senarai notifikasi pula pada sebelah kanan. Ini akan diaktifkan secara automatik pada peranti dengan skrin 600 dp dan ke atas.
Seterusnya taskbar akan diperkenalkan untuk proses pertukaran aplikasi yang lebih pantas. Ciri ini dapat dilihat pada Galaxy Z Fold3 dan benar-benar mempercepatkan proses menggunakan banyak peranti serentak. Dengan Android 12L, kesemua peranti dengan sistem operasi ini dapat menggunakan taskbar dan bukan hanya pada peranti Samsung. Proses melancarkan dua aplikasi serentak pada skrin yang sama juga dipermudahkan dengan menatal skrin pada taskbar ke skrin utama.
Sokongan aplikasi juga ditambah baik dengan aplikasi yang tidak direka untuk skrin besar tidak akan dipaksa menggunakan resolusi skrin pengguna. Sebaliknya jika Android 12L mengesan aplikasi belum dioptimasikan untuk skrin besar, ia akan dipaparkan dalam nisbah asal telefon pintar. Sekali lagi ini ciri yang sudahpun disokong pada Galaxy Z Fold3 menerusi ciri Labs.
Google dijangka akan melancarkan peranti skrin boleh-lipat pertama mereka tahun ini. Android 12L akan memastikan apabila dilancarkan tahun hadapan, sistem operasi ini akan membuatkan penggunaan peranti lebih konsisten pada skrin lebih besar.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment