Project Make It Pop Menukarkan Gambar Atau Video Anda Menjadi Lakaran Beranimasi
Ini merupakan salah satu fungsi eksperimental yang menarik dipersembahkan di Adobe MAX Sneaks tahun ini. Jika Projek Sunshine menukarkan lakaran tradisional menjadi karya vektor, berbeza pulanya dengan Projek Make It Pop dimana ia akan menukarkan gambar menjadi lakaran vektor semudah satu klik.
Malah lebih dari itu, ia turut akan mengikut tema warna gambar asal, menjadikan ia mempunyai gaya ‘pop’. Namun menariknya bagai mengintegrasikan teknologi eksperimental yang lain, anda juga boleh memberikan gambar baru, dan lakaran tersebut akan mengikut posisi badan gambar baru ini.
Dan fungsi yang sama ini tidak terhad pada gambar sahaja, ia juga boleh diaplikasikan kepada video, membolehkan lakaran yang dijana itu bergerak, seumpama video yang diberikan.
Dalam contoh diatas, anda akan dapat melihat bagaimana lakaran dijana, dan kemudian lakaran itu dapat disesuaikan dengan posisi badan, sehinggalah terhasilnya animasi janaan tanpa perlu bersusah payah dengan peralatan ‘Motion Capture’ yang biasanya menelan kos besar.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment