Eksperimen Sunshine Pada Illustrator Membolehkan Lakaran & Pewarnaan Lukisan Vektor Semudah Satu Klik
Jika anda seorang yang biasanya melakar menggunakan pen dan kertas, adalah satu kelecehan untuk melukisnya semula menjadikan ia sebagai karya berasaskan vektor pada Adobe Illustrator. Projek eksperimental Sunshine akan memudahkan kesemua urusan ini.
Terdapat tiga komponen utama pada fungsi eksperimental Sunshine. Pertama sekali adalah Sunshine Vector yang boleh mengesan dan menjana lakaran vektor berasaskan lakaran tradisional yang anda siapkan. Semudah satu klik, ia akan menjana lukisan vektor, lengkap dengan titik kawalannya.
Seterusnya adalah Sunshine Colors yang mana akan mewarnakan karya vector tersebut secara automatik, malah turut mencadangkan palet warna bersesuaian untuknya. Ia juga secara pintar akan mewarnakan lakaran meskipun terdapat ruangan lakaran yang tidak tutup.
Namun apa yang paling menarik adalah fungsi Sunshine Shadow. Menerusi fungsi ini, pengguna dapat memberikan dan menunjukkan kesan jika terdapat bayang-bayang. Seperti namanya Sunshine, ia seolah-olah menjana posisi matahari, yang sekaligus akan menghasilkan bayangan kepada objek yang dilakarkan.
Dalam contoh yang diberikan, meskipun lakaran ini adalah bersifat 2D, pengguna boleh menyesuaikan Sunshine Shadow untuk mencipta kesan bayang-bayang terhadap objek yang disinari.
Buat masa ini tidak diketahui adakah fungsi ini akan hadir kepada versi akhir Adobe Illustrator namun sekiranya ia hadir, ia sememangnya menjimatkan masa mereka yang suka melakar secara tradisional.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment