Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tokyo Menghentikan Penggunaan Cakera Liut Untuk Penyimpanan Dan Pemindahan Data Urusan Rasmi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tokyo Menghentikan Penggunaan Cakera Liut Untuk Penyimpanan Dan Pemindahan Data Urusan Rasmi


Cakera liut 3.5″ telah digunakan sejak 1982. Walaupun sudah berusia hampir empat dekad, percaya ataupun tidak cakera liut masih digunakan di Jepun bagi urusan rasmi seperti memindahkan data pembayaran gaji pekerja serta menyimpan data kerajaan tempatan. Di Tokyo, tahun ini akhirnya majlis perbandaran Meguro memulakan proses menghentikan penggunaan cakera liut dengan pemindahan ke data atas talian sepenuhnya.

Realiti ini pasti mengejutkan pembaca kerana selama ini Jepun dilihat sebagai kota berteknologi tinggi yang menjadi acuan pelbagai karya sains fiksyen. Namun begitu pengguna cakera liut sudah menjadi tradisi sejak 1980an dan oleh itu langsung tidak ubah kerana itulah cara dokumen rasmi digital dipindahkan.

Pemindahan ke data atas talian hanya dilakukan kerana bank mengenakan bayaran perkhidmatan 50,000 yen (~RM1823) sebulan untuk mengurangkan transaksi menggunakan cakera liut. Mizuho Bank misalnya berkata kos mengekalkan pembaca cakera liut serta risiko kehilangan data menyebabkan bayaran ini dikenakan.

Walaupun usaha telah dimulakan, perubahan lengkap ke atas talian hanya dijangka siap pada tahun 2026 dengan kesemua dokumen kertas didigitalkan. Selepas itu pendudukan boleh mengisi borang di atas talian tanpa perlu pergi ke pejabat perbandaran untuk urusan rasmi.

Jadi selepas jika anda merasakan Malaysia jauh di belakang, ingatlah bahawa di kota metropolis Tokyo cakera liut masih digunakan untuk pemindahan data urusan-urusan rasmi. Bukan pemacu USB atau cakera keras tetapi cakera liut yang telah dihentikan pengeluarannya oleh Sony sedekad lalu!

Sumber Nikkei



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.