Behance Premium Livestream Diumumkan – Adobe Tidak Mengambil Sebarang Komisen Dari Langganan Pengikut Anda
Selain dari kemaskini sokongan paparan karya NFT, Behance turut mengumumkan Premium Livestreams bagi membolehkan pengkarya menjana keuntungan untuk langganan terhadap perkongsian mereka. Lebih menarik lagi, Adobe tidak akan mengambil sebarang komisen untuk sebarang transaksi dari langganan Premium Livestream.
Menerusi fungsi ini juga, pengkarya kreatif bebas menetapkan sebarang harga langganan. Berbeza dengan dahulu, hal ini semestinya menguntungkan pengkarya kreatif untuk terus fokus memberikan livestream terbaik tanpa perlu bergantung kepada platform lain.
Tidak terhad kepada siaran langsung, pengkarya turut boleh menjana keuntungan dari penyediaan fail-fail eksklusif yang berkaitan tutorial, ataupun fail yang dihasilkan mereka. Jadi sekiranya pengkarya ingin menjual ‘Tetapan Effect Lightroom’, atau animasi pada Premiere Pro, pengkarya dapat menjualnya dengan mudah.
Satu lagi fungsi yang baru ditambah adalah kemaskini sekiranya pengkarya kreatif tersedia untuk sebarang tugasan. Industri kreatif tidak sama seperti pekerjaan biasa. Kadangkala terdapat pengkarya bekerja sepenuh masa, dan ramai yang bekerja mengikut selera mereka. Dengan fungsi ini, lebih mudah untuk pengkarya memberitahu pengikut mereka sekiranya mereka sedang tersedia untuk sebarang pekerjaan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment